Ahli
Terkini: Turlpreroke
Ahli Berdaftar: 550 Pelawat
Online: 5
Ahli Online:
Tiada
Navigasi : Utama > Pengiklanan
Pengiklanan
Pengiklanan di xPod Online
xPod Online menawarkan beberapa bentuk pengiklanan kepada syarikat,
portal dan individu. Sebahagian hasil kutipan adalah untuk membiayai kos
pengendalian portal ini.
Mengapa iklan di sini?
1. Menerima kunjungan harian yang tinggi. Bermakna mesej
anda akan sampai ke sasaran yang ramai setiap hari.
2. Memaparkan iklan anda 24 jam/7 hari.
Pakej-Pakej ditawarkan :
Pakej 1: Banner 468 x 60 pixel
Lokasi : Halaman Utama & Artikel
Harga : RM 250 untuk tempoh sebulan
Tempoh Minimum: 1 bulan
Posisi : Bahagian Atas Tengah
Pakej 2: Banner 150 x 50 pixel
Lokasi : Halaman Utama & Artikel
Harga : RM 30 untuk tempoh sebulan
Tempoh Mininum: 3 Bulan
Posisi : Bahagian Kanan ( Aturan kedudukan, Siapa Dulu Dia Dapat )
*Promosi Untuk 3 Pelanggan Terawal: RM 20 Sebulan Untuk Pakej 2.
*RM 25 tambahan (sekali sahaja) dikenakan jika perlukan kami siapkan banner
tersebut.
TOS Pengiklanan di xPod Online
Persetujuan Terma Perkhidmatan Pengiklanan xPod Online
(TOS - Terms Of Service)
1. Kesemua pembayaran adalah muktamad. Tidak ada REFUND
dalam apa jua isu/keadaan sekalipun setelah pembayaran dibuat kepada
xPod Online. xPod Online tidak menjamin apa juga keputusan
pengiklanan anda dan xPod Online tidak bertanggungjawab
di atas kesahihan pengiklanan anda. xPod Online berhak untuk
menolak sesebuah pengiklan itu dengan apa jua sebab. xPod
Online juga berhak untuk menamatkan kontrak (tanpa refund)
pengiklanan anda sekiranya melanggar Syarat-Syarat & Peraturan Portal xPod
Online atau melanggar Terma Perkhidmatan ini.
2. Pihak xPod Online berhak untuk mengubah pengiklanan anda
untuk memastikan ianya mematuhi syarat yang telah dipersetujui.
Kami tidak menyediakan perkhidmatan seperti Click Tracking,
PHPAdsnew, JS atau apa jua teknologi di dalam pengiklanan
anda. Pengiklanan anda adalah menggunakan 100% HTML.
3. Syarat dan peraturan kami tiada dalam rundingan di bawah apa
juga keadaan sama sekali.
4. Kami berhak untuk mengubah kandungan Terma Perkhidmatan
Pengiklanan xPod Online (TOS) dari masa ke semasa tanpa memberitahu
kepada anda.
5. Setelah tamat kontrak anda berhak untuk menyambung atau membatalkan
pengiklanan anda bersama xPod Online.
6. Pengubahsuaian banner pengiklanan anda (design, kandungan
teks banner) yang dibuat oleh xPod Online hanya boleh diubah
sebanyak 3 kali sahaja. Selepas itu kami tidak akan melayan
permintaan anda. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan
Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di dalam teks banner
anda.
7. Banner yang dibuat oleh xPod Online menjadi milik anda, dan
anda berhak untuk menggunakannya pada mana-mana laman web
yang anda mahu.
8. Banner anda akan diletakkan pada kesemua skrin portal/forum
xPod Online mengikut ruang iklan yang anda telah sewa bersama
xPod Online.
9. Pihak xPod Online akan memberikan peringatan berupa e-mel
kepada anda untuk memberitahu kontrak pengiklanan anda bersama
xPod Online hampir tamat dalam masa 2 minggu sebelum tarikh iklan anda
luput. Seandainya e-mel tersebut tidak dijawab
3 hari sebelum kontrak pengiklanan anda tamat, maka xPod Online
beranggapan bahawa anda sudah tidak berminat untuk menggunakan
ruang pengiklanan kami. Dan ruang iklan tersebut akan diberikan
kepada pengiklan yang lain.
FAQ Pengiklanan di xPod Online
Berapa lama banner iklan saya akan dipaparkan di dalam ruang
iklan?
Di dalam masa 24-72 jam setelah kami menerima (a) bayaran,
(b) material untuk pengiklanan anda dan (c) URL di mana pengiklanan
anda akan di pautkan/linked (jika ada).
Adakah pihak xPod Online akan designkan banner saya dan apakah
syaratnya?
Tidak, kami tidak mendesignkan banner anda. Walau bagaimanapun, anda boleh meminta xPod Online untuk mendesignkan
banner anda dengan caj RM 25 (sekali sahaja).
Kami akan designkan banner (statik & animasi, saiz
486x60 dan 150x50) anda. Setelah banner anda siap direka,
maka ianya adalah muktamad. Tidak ada sebarang pertukaran
dari segi grafik yang telah didesignkan. Kecuali kesilapan
dan penambahan dari segi informasi produk/laman web anda.
Anda boleh memilih untuk menggunakan Bahasa Malaysia atau
Bahasa Inggeris. Semua banner adalah mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
Bolehkah saya guna banner saya sendiri?
Sudah tentu.
Berapa lama kontrak bagi sebuah ruang iklan?
Kontrak bagi sesebuah pengiklanan adalah selama 1 atau 3 bulan (mengikut pakej).
Pengiklan yang membayar untuk selama 6 bulan akan mendapat 1 bulan
percuma bersama kami.
Berminat mengiklan dengan kami?
Jika anda berminat untuk mengiklan dengan kami, sila hantarkan e-mel kepada:
.
Sila sertakan maklumat berikut :
* Nama
* E-mel
* Telefon Pej / Bimbit
* Pakej
* Info tambahan / Soalan.