Dihantar pada: 04/07/08 - 07:26:48 GMT+08:00 oleh BasicCX
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
Ayah: Saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul encik. Kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Apa buktinya?
Cikgu: Nah, ini buktinya kalau encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama:
Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?
Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar encik. Cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Niam melihat soalan kedua:
Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?
Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 ogos 1957.
Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk terus membaca
Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!
Semua komen adalah daripada penghantar sendiri. Kami tidak bertanggung jawab terhadap isi kandungannya. Hanya ahli berdaftar boleh menghantar komen pada artikel ini.