Dihantar pada: 07/03/08 - 14:54:44 GMT+08:00 oleh BasicCX
Pengenalan Pada Jun 1936, ketika projek pembinaan jalan keretapi di Khujut Rabu pinggir Baghdad (Iraq) sedang dilaksanakan, sebuah makam purba telah ditemui. Dalam makam tersebut, mereka telah menemui sebuah tembikar yang kelihatan unik reka bentuknya. Lantas pada tahun 1938, seorang ahli arkeologi Jerman - Dr. Wilhelm Konig telah menghuraikan misteri tembikar tersebut dan kini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Iraq. Tembikar yang berusia lebih kurang 2,000 tahun itu dianggarkan dibuat pada tahun 200 S.M dan dikaitkan dengan era Empayar Parthian yang memerintah Timur Tengah pada tahun 247 S.M sehingga tahun 228 M. Apa yang menariknya mengenai tembikar ini ialah strukturnya menyerupai sebuah bateri!.
Struktur Bateri Tembikar ini terdiri daripada penebat Asfalt, silinder kuprum, rod besi dan larutan elektrolit cuka atau jus peram anggur yang mampu menghasilkan tenaga elektrik sehingga 2 Volt.
Apa yang mereka lakukan dengan bateri ini pada tahun 200 S.M? Daripada ukiran batu yang ditemui di bawah tanah Kuil Hathor di Dendera, Mesir. Jelas kelihatan rajah sebuah mentol elektrik raksasa yang lengkap dengan sistem pendawaiannya. Adakah ini membuktikan yang teknologi elektrik telah lama wujud?. Adakah catatan sejarah mengenai penciptaan bateri perlu diubah?.
Teori Tiruan? Pada tahun 1938 iaitu 2,000 tahun selepas penemuan Bateri Baghdad, Luigi Galvani ( 1937-1798 ) telah mencipta Bioelektrogenesis yang seterusnya mencetuskan idea untuk menghasilkan proses melunturkan karat secara elektrolisis. Apa yang menghairankan ialah proses Bioelektrogenesis itu melibatkan konsep yang hampir sama dengan Bateri Baghdad!.
Tembikar berusia 2,000 tahun menyerupai bateri? | 0 komen | Daftar
Semua komen adalah daripada penghantar sendiri. Kami tidak bertanggung jawab terhadap isi kandungannya. Hanya ahli berdaftar boleh menghantar komen pada artikel ini.